Berapa bayaran bulanan Honda WR-V? Kami kirakan untuk anda…

3868

Honda Malaysia pagi tadi memperkenalkan Honda WR-V ke pasaran tempatan menerusi empat pilihan varian.

Dijual pada harga bermula daripada RM89,900, WR-V bakal bersaing dengan Perodua Ativa yang dijual pada harga antara RM62,500 hingga RM73,400.



Berminat memiliki SUV kompak ini?..di bawah kami kongsikan kepada anda kiraan kasar ansuran bulanan WR-V yang didapati dari laman web Honda Malaysia. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama sembilan dan lima tahun serta deposit 10 peratus dengan kadar faedah 2.5 peratus. 

VARIAN TERENDAH S (RM89,900)

Varian asas, S dijual pada harga RM89,900. Pemilik perlu membayar deposit sebanyak 10 peratus iaitu RM8,990 dengan jumlah pinjaman RM80,910.

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM917.73
  • 5-tahun: RM 1,517.06

VARIAN TERENDAH E (RM95,900)

Sementara, bagi varian E pula, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM9,590 dan jumlah pinjaman yang diterima adalah RM86,310. 

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM978.98
  • 5-tahun: RM1,618.31

VARIAN TERENDAH V (RM99,900)

Bagi varian E, pemilik perlu mengeluarkan deposit sebanyak RM9,990 dan jumlah pinjaman yang diterima adalah RM89,910. 

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM1,019.81
  • 5-tahun: RM 1,685.81

VARIAN TERTINGGI RS (RM107,900)

Bagi varian tertinggi RS, pelanggan pelru memperuntukkan deposit sebanyak RM10,790 dan jumlah pinjaman adalah RM107,900. 

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM1,101.48
  • 5-tahun: RM1,820.81

Di samping bayaran bulanan, pengguna juga perlu membuat kiraan kos lain misalnya cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya. Untuk model WR-V, cukai jalan setahun adalah RM90 manakala tangki penuh dianggarkan sekitar RM69 (RON 95). 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here