Honda WR-V lancar esok: Ada 4 varian, terima 2,500 tempahan, tempoh menunggu sebulan setengah

497

Selepas sebulan dibuka tempahan, Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) menerima 2,500 unit tempahan untuk Honda WR-V yang akan dilancarkan pada esok.

Ia ditawarkan dengan empat varian yang mana spesifikasi paling tinggi iaitu RS diikuti V, E dan S.



Berdasarkan daripada jumlah tempah itu, varian RS menerima 45 peratus tempahan, diikuti varian V (38 peratus), varian E (12 peratus) dan varian paling rendah iaitu S (tujuh peratus).

Tempoh menunggu untuk bakal pemiliknya untuk menerima SUV paling kecil daripada Honda itu dijangka dalam tempoh sebulan setengah bagi 2,500 tempahan berkenaan.

Buat masa ini, HMSB masih lagi tidak mengumumkan harga rasminya. Tunggu sahaja pada majlis pelancarannya esok.

Berdasarkan spesifikasi, Honda WR-V menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mana menyalurkan 121PS dengan tork setinggi 145Nm. Tenaga itu disalurkan ke transmisi CVT.

Galeri Gambar:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here