Lancar esok, ini beza dimensi Honda WR-V vs Perodua Ativa

942

Seorang pengguna media sosial berkongsi kelibat Honda WR-V di atas treler dipercayai menuju ke pusat jualan.

SUV kompak berkenaan akan dilancarkan secara rasmi esok di Kuala Lumpur Convention Centre. 



Honda Malaysia membuka tempahan SUV berkenaan sejak 12 Jun lalu dan turut memberi peluang kepada orang ramai melihat model terbaharu tersebut pada acara jelajah di negeri terpilih.

Honda WR-V dilengkapi dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasllkan kuasa  121PS dan tork maksimum 145Nm bersama transmisi CVT. Janakuasa yang sama digunakan pada City dan varian asas HR-V.

Pasaran tempatan turut bakal menerima varian RS yang dibezakan menerusi gril krom, rim aloi dua rona warna bersaiz 17-inci, cermin sisi boleh lipat elektrik serta lampu depan, lampu kabus dan lampu nyala siang (DRL) dengan ciri LED.

Kerusi pula menerima material kulit hitam sintetik dan fabrik bersama jahitan benang merah. 

Sistem infotainmen 7-inci didatangkan dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay, dua port USB, paparan kamera undur pelbagai sudut, Honda Connect telematik, pedal shifter dan enam pembesar suara.

WR-V serba baharu dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, termasuk Honda Sensing, teknologi keselamatan yang komprehensif dan termaju yang terdiri daripada lapan fungsi keselamatan:

  • Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
  • Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
  • Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
  • Lampu suluh tinggi auto (AHB)
  • Kawalan jelajah adaptif (ACC) 
  • Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
  • Honda LaneWatch

Honda WR-V bakal pesaing dengan Perodua Ativa. Berikut perbezaan dimensi kedua-dua model..

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here