Mahu jual Perodua Ativa selepas 6 bulan guna, nombor plat lagi mahal daripada harga kereta

2033
Perodua Ativa dilancarkan tahun lalu menerusi tiga pilihan varian. Seorang pemilik SUV berkenaan ingin melepaskan keretanya hanya beberapa bulan digunakan.
 
Menerusi perkongsian dalam grup Facebook Ativa Club Malaysia, Ismail Ali menjelaskan model Perodua Ativa AV berkenaan dibeli pada Jun lalu dengan perbatuan 4,700km. Model tersebut ingin dilepaskan pada RM69,800 berbanding harga sebenar RM72,600. 
 
 
 
“Kereta tiada loan, jika ada cash buyer yang berminat boleh PM saya.
 
“No plate kerete VHT 2 jika berminat boleh ambil sekali tambah RM82,000, kalau nak kereta sahaja pun boleh saya akan pindah nombor ke motor,” tulisnya.
 
Bagaimanapun, Ismail tidak menjelaskan alasan ingin melepaskan Ativa tersebut. Perkongsian itu mencuri perhatian ahli grup gara-gara harga nombor plat lebih mahal berbanding kereta.
 
Sekiranya ada pembeli yang berminat untuk membeli nombor plat bersama kereta perlu membayar RM151,800.
 
“Kayangan ni no plate lagi mahal dari kereta.”
 
“Nak nombor saja letak kt ex5 bole bos.”
 
“Nombor plate saje 82k ? Wow.”
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here