Honda WR-V rasmi lancar, harga mula RM90k

333

Honda Malaysia rasmi memperkenalkan SUV segment-B, Honda WR-V ke pasaran tempatan. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura
berkata WR-V mempunyai potensi besar dalam pasaran dan akan mengukuhkan kedudukan Honda Malaysia dalam segmen kenderaan SUV kategori bukan nasional.



“Kami yakin WR-V ini dapat menarik perhatian golongan profesional muda dan keluarga yang mencari SUV kecil dengan tawaran nilai lebih baik,” katanya. 

Pengeluar kenderaan Honda di Malaysia itu menawarkan empat varian iaitu: 

  • S : RM89,900
  • E : RM95,900
  • V : RM99,900
  • RS : RM107,900

*WR-V didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Stellar Diamond Pearl (putih mutiara) pertama kali bagi model Honda di samping Platinum White Pearl, Ignite Red Metallic, Meteoroid Gray Metallic danCrystal Black Pearl.

ENJIN

Honda WR-V menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121PS @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm bersama transmisi CVT.

Dengan kelajuan maksimum 160kmj, pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 11 saat untuk varian S dan E manakala varian V (11.1 saat) dan RS (11.3 saat).

LUARAN 

Penampilan varian tertinggi dibezakan dengan pakej RS di luar dan dalam. Varian RS hadir dengan gril gaya mesh berwarna krom perak dan rim aloi 17-inci bersama tayar bersaiz 215/55.

Sementara itu, tiga varian yang lain didatangkan dengan rim bersaiz 16-inci bersama balutan tayar 215/60. Jika Thailand menawarkan dua rona warna badan, kesemua varian di Malaysia hanya ditawarkan dengan satu tona warna. 

Varian V dan RS ditawarkan dengan ciri LED pada lampu utama, lampu nyala siang (DRL) dan lampu kabus manakala dua varian terendah hanya mendapat lampu utama halogen. Bagaimanapun, lampu belakang kesemua varian didatangkan dengan ciri LED. 

Saiz but yang besar 380 liter  boleh memuatkan lima bagasi bersaiz 20-inci. 

KABIN

Masuk ke dalam kabin, bentangan papan pemuka WR-V  tampil ringkas menerusi sistem audio 7-inci dan skrin TFT 4.2-inci (E,V, RS).

Kabin varian S dan E menerima kemasan fabrik manakala varian V didatangkan dengan paduan kulit dan fabrik bersama jahitan benang biru yang boleh dilihat pada beberapa bahagian misalnya stereng dan tempat duduk.

Meningkatkan aura sporty, kabin varian RS ditawarkan dengan paduan kulit dan fabrik bersama jahitan benang merah sebagai kontra.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan adalah ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, dua port USB dan bluetooth.

Varian RS dilengkapi dengan enam pembesar suara manakala E dan V mendapat empat pembesar suara. 

KESELAMATAN

Ciri keselamatan pula, RS menerima enam beg udara manakala tiga varian lagi ditawarkan dengan empat beg udara. 

Ciri keselamatan standard lain termasuklah Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Penghidup Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

Honda Malaysia menawarkan Honda Sensing pada semua varian kecuali S yang merangkumi:

  • Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
  • Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
  • Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
  • Lampu suluh tinggi auto (AHB)
  • Kawalan jelajah adaptif (ACC) 
  • Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
  • Honda LaneWatch

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here