Yamaha Indonesia perkenal Lexi LX 155, harga mula RM7,581

669

Yamaha Indonesia memulakan tahun 2024 menerusi pelancaran Lexi LX 155 series yang menawarkan pilihan tambahan kepada pengguna di negara jiran berkenaan.

Pasaran tersebut didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu :



  • Connected ABS : Rp 29.9 juta (RM8,942)
  • S Version : Rp 26.9 juta (RM8,030)
  • Standard : Rp 25.4 juta (RM7,581)

Skuter yang praktikal untuk kegunaan harian itu menggunakan enjin Blue Core 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 11.3kW @ 8,000rpm dan tork 14.2Nm @ 6,500rpm.

Janakuasa generasi terbaharu itu lebih minimum gegaran dan geseran sehingga menjadikan pecutan dan prestasi lebih bertenaga dan responsif.

Berikut ciri peralatan yang ditawarkan pada Lexi LX 155 series :

  • Ciri sistem start dan stop menawarkan penjimatan minyak ketika motor sedang berhenti
  • Smart Motor Generator menghasilkan suara motor lebih halus ketika dihidupkan
  • Ciri khas lantai pemijak kaki rata menawarkan ruang yang lapang dan memudahkan akses kaki 
  • Rekaan pelana baharu kini lebih rendah dan ramping
  • Suspensi belakang jenis sub-tank untuk peredaman yang lebih optimum
  • Padanan tayar tubeless yang lebar dengan saiz 90/90-14 (depan) dan 100/90 -14 (belakang)
  • Tersedia Sistem Brek Anti Kunci (ABS) untuk operasi brek lebih optimum
  • Penampilan sporty dan moden diserlahkan dengan sistem pencahayaan LED menerusi lensa biru bentuk V pada lampu depan
  • Rekaan baharu paparan speedometer LCD memaparkan informasi motor
  • Rekaan baharu punat kawalan pada bar hendal
  • Soket berkuasa elektrik memudahkan pengguna mengecas telefon pintar 
  • Sistem Kunci Pintar dipadankan dengan Answer Back System yang memudahkan rider mencari lokasi parkir

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here