Utama Berita Automotif Menggigil Kesejukan Di Tepi Lebuh Raya: Kisah ‘Abang RX-Z’ 8-jam tidur dalam...

Menggigil Kesejukan Di Tepi Lebuh Raya: Kisah ‘Abang RX-Z’ 8-jam tidur dalam hujan

8

“Ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari satu operasi lain sebelum pusat gerakan operasi (PGO) memaklumkan terdapat seorang lelaki berada di tepi lebuh raya dan kami terus ke sana,” kata Pegawai Bomba Kanan I, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya, Nor Azam Abd Rahman.

Nor Azam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu yang mana ketika tiba di lokasi kejadian, lelaki berkenaan berada berhampiran motosikal Yamaha RX-Z di tepi lebuh raya dalam keadaan basah akibat hujan lebat.

“Saya difahamkan dia berada di situ sejak jam 1 pagi dan kami cuba bertanya apa yang berlaku.

“Lelaki itu pada mulanya hanya mendiamkan diri dan menggigil menahan kesejukan akibat hujan. Kami syak dia mempunyai masalah peribadi,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah beliau, pihaknya memujuk lelaki itu hampir 15 minit dan akhirnya dia akur lalu mengemas barang untuk pulang.

Terdahulu tular di media sosial pihak bomba memujuk penunggang Yamaha RX-Z di tepi lebuh raya.

Lelaki itu yang dipercayai mengalami masalah peribadi tidur di tepi lebuh raya itu sejak jam 1 pagi sebelum diselamatkan anggota bomba yang berjaya memujuknya beredar dari situ.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati dan mendoakan lelaki itu dipermudahkan urusan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here