
Honda City Facelift dilancarkan ke pasaran tempatan minggu lalu yang hadir dengan pelbagai pembaharuan lebih segar dari segi reka bentuk, teknologi skrin sentuh lebih besar, serta penambahan sistem keselamatan canggih seperti Blind Spot Information System (BLIS).
Walaupun menerima penambahbaikan signifikan, harga jualan kekal tanpa kenaikan melibatkan :
- Honda City 1.5L E : RM89,900
- Honda City 1.5L V : RM94,900
- Honda City 1.5L Petrol RS : RM99,900
- Honda City 1.5L e:HEV RS (Hibrid) : RM111,900
Di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan Honda City Facelift yang didapati dari laman web Honda Malaysia.
Kiraan adalah berdasarkan anggaran pinjaman sewa dan beli lazim dengan muka depan sebanyak 10 peratus, kadar faedah purata 2.5 peratus setahun dan tempoh pinjaman selama 9, 7 dan 5-tahun.
Honda City 1.5L E (RM89,900)
- Wang Pendahuluan (10%): RM8,990
- Jumlah Pinjaman : RM80,910
- Anggaran Ansuran Bulanan: RM917.73 (9-tahun), RM1,131.78 (7-tahun) & RM1,517 (5-tahun)
Honda City 1.5L V (RM94,900)
- Muka Depan (10%): RM9,490
- Jumlah Pinjaman : RM85,410
- Anggaran Ansuran Bulanan: RM968.77 (9-tahun), RM1,194.72 (7-tahun) & RM1,601.44 (5-tahun)
Honda City 1.5L Petrol RS (RM99,900)
- Muka Depan (10%): RM9,990
- Jumlah Pinjaman : RM89,910
- Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,019.81 (9-tahun), RM 1,257.67 (7-tahun) & RM 1,685.81 (5-tahun)
Honda City 1.5L e:HEV RS / Hibrid (RM111,900)
- Muka Depan (10%): RM11,190
- Jumlah Pinjaman : RM100,710
- Anggaran Ansuran Bulanan: RM 1,142.31 (9-tahun), RM 1,408.74 (7-tahun) & RM 1,888.31 (5-tahun)
Sebagai panduan pengurusan kewangan peribadi, pastikan gaji bersih anda sekurang-kurangnya berada sekitar RM2,500 hingga RM3,000 ke atas bagi melancarkan proses kelulusan pinjaman bank untuk varian asas, manakala sekitar RM3,500 ke atas untuk varian RS dan e:HEV.
Di samping itu, Honda Malaysia turut menawarkan aksesori tambahan buat pemilik City Facelift melibatkan :
- Pakej Modulo (RM3,030) : Spoiler lip depan, spoiler bawah bampar depan, lencana hitam (varian E & V)
- Pakej Modulo RS (RM3,010) : Spoiler lip depan (RS), spoiler bawah bampar depan), lencana hitam (varian RS & e:HEV RS)
- Pakej Urban (RM1,314) : Visor pintu, pelindung hendal pintu, sil LED (kesemua varian)
































