BMW Motorrad tayang model konsep BMW G 310 RR

1624

Nampaknya BMW Motorrad tidak lagi berahsia untuk memperkenalkan superbike berkapasiti kecil selepas menayangkan model konsep BMW G 310 RR pada acara Hari BMW Motorrad di Jepun baru-baru ini.

model

Kehadiran model konsep berkenaan bakal meluaskan lagi rangkaian motosikal bersesaran kecil dalam keluarga pengeluar jentera dua roda dari Jerman itu.



BMW G 310 RR membawa rekaan sportbike BMW yang sangat menawan. Selepas menggunakan platform daripada model BMW G 310 R iaitu jentera kategori naked.

Difahamkan jentera itu menggunakan enjin bersesaran 313cc silinder tunggal yang mampu menyalurkan 34bhp dengan tork setinggi 28Nm.

Ciri yang paling menarik adalah sistem ekzos yang diletak pada bawah tempat duduk.

 

model

Corong ambilan udara antara perumah lampu utama pada bahagian hadapan jentera membuatkan ia tampak menarik sebagai sebuah motosikal berprestasi.

Bagi jentera konsep itu, ia dilengkapi fairing tepi yang diperbuat daripada gentian karbon dan boleh dikatakan semua panel menggunakan material sama.

model

Buat masa ini, ia hanya sebuah motosikal konsep dan tiada maklumat lanjut sama ada ia akan dikeluarkan untuk produksi atau tidak.

BMW adalah syarikat multinasional Jerman yang menghasilkan kereta dan motosikal. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1916 sebagai pengilang enjin pesawat, yang dihasilkan dari 1917 hingga 1918 dan sekali lagi dari 1933 hingga 1945.

Automobil dipasarkan di bawah jenama BMW, Mini dan Rolls-Royce, dan motosikal dipasarkan di bawah jenama BMW Motorrad. Pada tahun 2015, BMW merupakan pengeluar kenderaan terbesar kedua di dunia, dengan 2,279,503 kenderaan yang dihasilkan. BMW beribu pejabat di Munich dan menghasilkan kenderaan bermotor. Di Jerman, Brazil, China, India, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here