Utama Berita Automotif CFMoto naik taraf model 450CL-C dengan enjin lebih berkuasa

CFMoto naik taraf model 450CL-C dengan enjin lebih berkuasa

4

CFMoto menerjah masuk pasaran cruiser menerusi model 450CL-C beberapa tahun yang lepas. 

Namun, jenama itu dijangka akan memperkenalkan cruiser yang dinaik taraf dari segi rekaan dan prestasi sebagai pencabar yang ampuh kepada model Honda Rebel. 

Berdasarkan dokumen yang disiarkan di China, model baharu yang bakal digelar 550CL-C itu akan mendapat enjin bersesaran lebih tinggi, iaitu 526 cc berbanding 449 cc pada model 450CL-C. 

Peningkatan sesaran tersebut disumbangkan oleh perubahan saiz bore kepada 74 mm (daripada 72 mm), serta stroke yang lebih panjang 6 mm (daripada 55.2 mm kepada 61.2 mm). 

CFMoto 450CL-C

Dokumen kelulusan tersebut turut mengesahkan peningkatan prestasi sebanyak 30 peratus daripada 40 hp kepada 52.3 hp, menjadikan kelajuan maksimum sekitar 165 km/j. 

 

Selain enjin, CFMoto turut menyemak semula casis dengan memadankan lengan ayun yang lebih panjang diperbuat daripada aluminium, menjadikan jarak antara roda bertambah panjang kepada 1,519 mm (daripada 1,486 mm). 

Jentera 550CL-C ini turut mendapat lampu baharu, tangki bahan api yang disemak semula, diikuti pelana, fender belakang baharu, tempat pemijak kaki dan pelindung enjin baharu yang menyembunyikan komponen paip header ekzos. 

Besar kemungkinan CFMoto akan mengekalkan penawaran transmisi manual dan semi-automatik seperti yang wujud pada model 450CL-C. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here