Proton X90 terima 5,000 tempahan, varian Flagship paling laris

516

Proton menerima hampir 5,000 unit tempahan Proton X90  sejak dilancarkan pada Mei lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga ke hari ini, sudah lebih 500 unit diserahkan kepada pelanggan.



“Kami menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai nanti dan tempoh menunggu kini juga adalah kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini,” katanya.

Varian Flagship adalah pilihan utama pembeli dan X90 juga membantu menambah jumlah sasaran jualan Proton pada tahun ini melebihi rekod tahun lalu iaitu 141,432 unit.

Selain itu, model Saga terus menjadi model paling laris selain X50 yang menjadi pilihan utama pembeli Proton di negara ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here