Toyota Supra cabar fizik guna roda lutsinar

693

Era digital, manusia sanggup berbuat apa saja inginkan kemasyuran tular mahupun jumlah tontonan.

Kerana itu ramai yang muncul dengan idea-idea pelik di luar pemikiran normal manusia. Seperti mana yang berlaku pada kereta sukan Toyota Supra Mk4 ini.

@rota.do.caos

Supra Glass Tires #accident #smash #carros #desafio #acidente #batida #car

♬ Sea Of Problems – Sped Up – Glichery



Bahagian kaki Supra digantikan dengan roda lutsinar seperti kaca. Ia adalah satu tindakan berani yang melanggar hukum automotif semata inginkan perhatian dalam internet.

Video dikongsi di TikTok oleh pengguna @rota.do.caos dan menjadi viral di Reddit. Roda lutsinar yang digunakan Supra tersebut berkemungkinan akrilik atau polikarbonat – jenis plastik yang sangat tahan lasak dan lutsinar.

Jika kaca asli digunakan, roda itu mungkin akan berkecai ketika pemasangan nut dan runtuh apabila Supra bergerak.

Awal pergerakan, ia bergelut untuk mendapatkan daya tarikan walaupun pada kelajuan rendah.

Di awal video yang mendapat 4.3 juta tontonan itu, pemandu memandu perlahan dengan ketiadaan tayar dan ketebalan minimum membuatkan Supra seperti meluncur atas ais, menyebabkan stereng dan brek hampir tidak berfungsi dengan baik. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here