Opai: Nombor plat QPA 1 sempena kahwin, tak guna atas jalan

1243

Opai atau nama sebenar yang tular menggunakan nombor plat bukan miliknya pada McLaren menjelaskan nombor berkenaan dibuat sempena perkahwinannya dengan pelakon popular, Fatin Afeefa.

Menerusi penjelasannya pada InstaStory, dia memberitahu tidak menggunakan nombor QPA1 itu sewaktu memandu kenderaan tersebut.



“Ni penjelasan saya, biasalah orang kahwin pakai nombor plat ‘fancy’ cantik-cantik letak nama sendiri. Jadi benda ni pun dah kahwin hampir setengah tahun, dah viral lama dah.

“Jangan kata JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) panggil apa semua, atas jalan raya tak pakai nombor plat tu,” katanya.

Dalam pada itu, Opai memberitahu pihak JPJ juga tidak memanggilnya susulan kejadian tersebut.

“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai. JPJ tak ada ‘call’ apa pun,” katanya.

Sementara itu, secara sinis dia mendakwa, ada pihak menggunakan namanya semata-mata mahu menaikkan nama.

“Saya rasa sudah-sudahlah, bosanlah orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai. Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus,” jelasnya.

Sebelum ini, JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar.

Menurut JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan berkenaan merupakan pihak yang berbeza.

Justeru, katanya, pemilik kereta tersebut dinasihatkan membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular di media sosial membabitkan seorang suami artis popular. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here