Bos tol, Jusuf Hamka tagih hutang RM246 juta ke kerajaan Indonesia

627

Berita tentang tagihan hutang ahli perniagaan, Jusuf Hamka terhadap kerajaan Indonesia panas diperkatakan awal bulan ini.

Pengusaha lebuhraya Indonesia itu meminta pemerintah negaranya melunaskan hutang sebesar Rp 800 bilion (RM246 juta) yang masih belum dibayar ke syarikatnya PT Citra Marga Nusaphala Persada Tbk (CMNP).



“Kalau sampai hari ini mungkin wangnya sudah mencapai Rp 800 miliar. Ini bukan projek, ini kita punya deposit. Waktu itu ada kecairan bank, kerajaan perlu menggantikan semua dań tidak memberikan jaminan,” katanya.

Ahli perniagaan cina muslim itu menjelaskan hutang kerajaan bermula daripada deposit  CMNP sebanyak Rp78 bilion (RM24 juta) di Bank Yakin Makmur atau Bank Yama.

Bagaimanapun, hutang tersebut tidak dibayar sejak 1998 apabila Bank Yama ditutup pemerintah. Sejak itu, Jusuf mengaku tidak mendapatkan kembali wang depositnya. 

Kerajaan Indonesia menyatakan syarikat Jusuf Hamka itu mempunyai kaitan dengan pemilik Bank Yama iaitu Siti Hardijanti Hastuti Soeharto tau Tutut Suharto. Tidak menerima alasan tersebut, pihaknya kemudian menyaman kerajaan pada 2012 dan menang.

“Kita menyaman kerajaan pada 2012. Pada 2014 atau 2015 tiba di Mahkamah Tinggi dan menang. Ia mesti dibayar dengan faedah setiap bulan berama denda,” jelasnya.

Selepas itu, beliau dipanggil Ketua Biro Undang-undang Kementerian Kewangan (Kemenkeu), Indra Surya. Kerajaan berjanji untuk membayar bahkan Kementerian Kewangan meminta diskaun.

Hutang bersama bunga mencapai Rp400 miliar (RM123 juta) pada 2016 atau 2017, tetapi kerajaan hanya mampu membayar Rp170 miliar (RM52 juta).

“Waktu itu Menteri kewangan, Bambang Brodjonegoro kalau tak salah. Disuruh capai kesepakatan maka tercapailah angka RM52 juta. Ya sudahlah saya fikir asal duitnya balik saja, tandatangan perjanjian,” jelasnya. 

Sayangnya pihak kerajaan tidak memenuhi janji dan hutang tersebut diabaikan bertahun. 

Dia juga bertemu Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto hingga Menteri Kewangan, Sri Mulyani. Tagihan hutang dan bunga meningkat hingga RM246 juta. Namun, Jusuf berasa hanya diberi harapan palsu.

“Dah 3 tahun pengesahan, tak ada berita apa-apa. Sebab itu Polhukam hanya bersuara kutip hutang orang yang berwajib, sepatutnya boleh bantu kalau kerajaan ada hutang dengan swasta,” katanya. 

Jusuf menegaskan hutang itu perlu dibayar bagi meneruskan projek CMNP. Lebih-lebih lagi, CMNP ialah syarikat awam yang mengumpul wang pelabur.

Sekiranya kerajaan membayar hutang tersebut, Jusuf merancang menggunakannya untuk kegiatan sosial melalui yayasan yang bakal ditubuhkan.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here