Indonesia bakal laksana tol tanpa palang tahun depan di 5 lokasi, guna aplikasi Cantas

649

Indonesia bakal melaksanakan sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) mulai tahun depan di lima tol. 

Menurut laporan media tempatan, aplikasi sistem tersebut akan dilancarkan Disember ini dan penggunaan tol MLFF akan bermula 2023.



Ketua Pengurusan Tol (BPJT) Danang Parikesit menjelaskan bagi menggunakan MLFF pengguna perlu memuatturun aplikasi Cantas bagi proses pembayaran.

Aplikasi itu akan dilancarkan kepada umum pada Oktober namun masih belum boleh digunakan kerana di peringkat ujian. Versi baharu yang boleh digunakan oleh orang awam hanya akan dilancarkan pada Disember 2022.

Sistem tol tanpa palang di Indonesia menggunakan teknologi Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) yang memindahkan transaksi tol yang sebelumnya menggunakan cip menjadi pembayaran berasaskan akaun dan server.

Ketika memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan aplikasi dengan menekan tombol mulai.

Kemudian telefon pintar akan menghantar signal GPS ke sistem pusat MLFF dan GPS akan mengesan lokasi kereta dan memotong duit dalam akaun secara automatik.

Difahamkan ujian percubaan MLFF akan dilakukan pada Januari 2023. Aplikasi sudah diuji dari ketepatan membaca lokasi yang lebih baik, hingga kemampuan digunakan pada telefon pintar versi lebih murah. 

5 tol yang bakal menjadi lokasi percubaan MLFF:

  • Bali Mandara
  • Jagorawi
  • Jakarta-Cikampek
  • Dalam Kota, dan Tol JORR, yang nantinya akan dipasangi kamera pengesan

Selain itu, Danang menjelaskan pengguna tol juga boleh menggunakan tiket perjalanan atau melakukan booking rute di website Cantas.

“Jadi seperti di Australia kita pesan dulu sebelum berangkat, mahu lalu di mana nanti langsung dibayarkan. Jadi tidak perlu punya telefon pintar kalau tidak ada,” jelasnya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here