Lelaki sengaja baring tengah jalan halang lalu lintas

723

Seorang lelaki dilihat sengaja baring di tengah jalan sehingga  menghalang lalu lintas dikesan polis dalam satu kejadian di jalan raya berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa Mentari, Petaling Jaya pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, tindakan individu tersebut dikesan melalu rakaman video berdurasi 54 saat yang tular di Instagram @info.semasa.

Katanya, menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu bertindak membaringkan dirinya di tengah jalan raya dan menghalang lalu lintas.



“Rakaman kejadian dimuat naik oleh pemilik akaun tersebut sekitar pukul 1 pagi tadi dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri, di sini.

“Diharapkan pemilik atau pemandu kereta dan saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan bagi membantu siasatan, ” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by info.semasa_MY (@info.semasa_my)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here