Utama Berita Automotif Risiko Pedal minyak sangkut : Nissan panggil balik 70,000 unit N7 dan...

Risiko Pedal minyak sangkut : Nissan panggil balik 70,000 unit N7 dan N6

9

Nissan memanggil balik hampir 70,000 unit model N7 dan N6 selepas Pentadbiran Negara bagi Kawal Selia Pasaran (SAMR) China menyatakan terdapat isu reka bentuk pada bahagian pedal minyak yang berisiko membahayakan keselamatan. 

Menurut fail SAMR yang diterbitkan pada 22 Mei lalu, Dongfeng Motor Co. Ltd. akan memanggil balik 49,465 unit sedan elektrik Nissan N7 dan 18,800 SUV plug-in hibrid, Nissan N6 bermula 25 Mei. 

Fail tersebut menyatakan bagi tempoh jangka panjang komponen dalam pedal minyak boleh mengalami kehausan sekaligus mengakibatkan geseran lalu menjejaskan kelancaran pedal untuk kembali ke posisi asal.

Isu Pedal Minyak

SAMR menyatakan kenderaan yang terlibat mungkin mengalami kehausan pada komponen pedal minyak dari masa ke masa disebabkan isu berkaitan reka bentuk.

Ia menjelaskan gangguan antara komponen berputar pada pedal dan struktur sokongan boleh menyebabkan kegagalan pedal kembali ke posisi asal dengan normal, sekali gus mendedahkan pemandu kepada risiko keselamatan.

Sebagai langkah penyelesaian, Dongfeng Motor akan menggantikan komponen pedal minyak pada kenderaan yang terjejas secara percuma. Bagi model N6, syarikat akan menggantikan pedal brek dengan unit baharu yang telah diubah suai agar sepadan dengan bentuk pedal yang dikemas kini.

Pihak pengawal selia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang laporan kemalangan atau kecederaan yang dikaitkan dengan isu tersebut.

Kempen panggil balik ini melibatkan dua model Nissan yang dibangunkan khusus untuk pasaran China sebagai sebahagian daripada usaha elektrifikasi tempatan oleh Dongfeng Nissan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here