
Urusan tukar hak milik (THM) kenderaan secara dalam talian yang ditangguhkan kembali beroperasi serta-merta pada Isnin.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan perkara itu selepas mengadakan perbincangan segera dengan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berikutan arahan penangguhan perkhidmatan dalam talian yang diumumkan jabatan itu.
Anthony menjelaskan bahawa keputusan JPJ untuk menggantung perkhidmatan tersebut dibuat susulan terdapat insiden penyalahgunaan dan penipuan dalam sistem pertukaran hak milik, yang secara tidak langsung menyebabkan liabiliti kepada jabatan.
Langkah ini dilihat sebagai jalan tengah yang efektif bagi memastikan integriti sistem JPJ diperkukuhkan bagi membendung sindiket penipuan, tanpa menjejaskan kelancaran urusan rakyat.































