Utama Berita Automotif ROI untuk Chery Tiggo 9 mula dibuka

ROI untuk Chery Tiggo 9 mula dibuka

3

Chery Malaysia kini menerima pendaftaran minat (ROI) bagi model baharu Chery Tiggo 9, SUV tiga baris tempat duduk flagship itu semakin hampir untuk dilancarkan.

Jenama itu turut berkongsi beberapa spesifikasi utama bagi pasaran tempatan.

Tiggo 9 hadir dengan enjin 2.0 liter turbocharged.

Walaupun angka kuasa rasmi belum diumumkan, ia dijangka menggunakan unit sama seperti Tiggo 8 Pro yang memiliki 256 PS dan 390 Nm.

Enjin itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7DCT).

Berbeza dengan Tiggo 8 Pro yang menggunakan pacuan roda hadapan (FWD), Tiggo 9 dikuasakan dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

Di pasaran luar negara, Tiggo 9 ditawarkan dengan sistem plug-in hybrid Chery Super Hybrid (CSH).

Namun untuk Malaysia, varian 2.0 turbo dilihat menjadi satu-satunya pilihan trenkuasa buat masa ini.

Pakej mekanikal SUV ini turut didatangkan dengan tujuh mod pemanduan adaptif.

Menurut Chery, mod tersebut direka untuk memberi respons lebih lancar mengikut keadaan jalan dan gaya pemanduan pengguna.

Dari segi rekaan, Tiggo 9 membawakan bahasa reka bentuk yang sama seperti Tiggo 8, lengkap dengan lampu tajam, gril hadapan besar serta lampu belakang penuh merentasi bahagian belakang.

Sebagai model premium, ia menggunakan rim aloi 20 inci berbanding 19 inci pada Tiggo 8.

Untuk kabin, teknologi diberi keutamaan dengan skrin ultra-HD 15.6 inci 2.5K dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 bagi menjanjikan pengalaman infotainmen lebih lancar dan responsif.

Ia dipadankan dengan paparan head-up display (HUD) dan sistem audio Sony 14 pembesar suara termasuk speaker terbina pada bahagian headrest depan.

Dari sudut keselesaan, kerusi depan menawarkan fungsi ventilasi dan massage, manakala barisan kedua hadir dengan fungsi ventilasi sahaja.

Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan sepenuhnya secara elektronik.

Tiggo 9 dilengkapi 10 beg udara bersama sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) menawarkan 23 fungsi.

Harga rasmi belum diumumkan, namun dengan kedudukannya sebagai model flagship, Tiggo 9 dijangka ditawarkan pada harga lebih tinggi berbanding Tiggo 8 Pro dan Tiggo 8 PHEV dijual pada harga RM 159,800.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here