
Media sosial menjadi platform rujukan utama bakal pembeli kereta untuk meneroka, membuat penyelidikan dan membandingkan model sebelum melangkah ke bilik pameran.
Menyedari perubahan tingkah laku pengguna itu, Proton e.MAS membawa perbincangan mengenai mobiliti elektrik terus ke platform digital menerusi Proton e.MAS Showdown — siri penstriman langsung 6 episod di TikTok.
Ia diperkenalkan bagi menjadikan pemilikan EV dan PHEV lebih relevan, mudah diakses dan difahami.
Berlangsung dari 2 hingga 21 Ogos 2026, siri ini menampilkan dua pencipta kandungan popular, @Mr POV dan @Sam Lim, yang bersaing memperkenalkan model Proton e.MAS 7 Premium Plus dan Proton e.MAS 7 PHEV Prime.
Melalui sesi langsung yang interaktif, penonton boleh mengemukakan soalan secara masa nyata, mendengar pengalaman sebenar dan mengetahui kekuatan kedua-dua teknologi sebelum membuat keputusan mengikut keperluan pemanduan harian mereka.
Pada minggu pertama sahaja, siri ini berjaya mencatat lebih 937,000 jumlah tontonan. Angka ini mencerminkan minat tinggi orang ramai terhadap mobiliti elektrik.
Selain pertanyaan mengenai produk, kempen ini turut menjawab pelbagai persoalan yang sering dibangkitkan.
Antaranya mitos EV seperti ketahanan bateri, keselamatan ketika banjir dan keupayaan perjalanan jauh.
Penonton turut mendapat penjelasan lebih jelas tentang kos penyelenggaraan dan pemilikan PHEV serta teknologi EM-i Advanced Hybrid.
Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff berkata, proses pembelian kenderaan hari ini sering bermula secara dalam talian.
Justeru penglibatan digital menjadi titik penting dalam mendidik pengguna.
“Bagi ramai rakyat Malaysia, interaksi pertama mereka dengan EV bukan lagi di bilik pameran.
“Ia juga berlaku di telefon bimbit dan mereka menonton ulasan, membuat perbandingan, bertanya soalan ketika siaran langsung dan mencari pendapat yang boleh dipercayai sebelum membuat keputusan pembelian,” katanya.
“Apa yang bermula sebagai idea santai kini berkembang menjadi platform interaktif untuk membawa perbincangan EV lawan PHEV terus kepada rakyat Malaysia.
“Matlamat kami adalah membantu pengguna membuat keputusan lebih tepat berdasarkan keperluan dan gaya pemanduan masing-masing,” tambahnya.
Proton e.MAS 7 PHEV Prime mewakili segmen PHEV paling mampu milik di Malaysia.
Ia direka untuk pengguna yang ingin beralih kepada elektrifikasi tetapi masih mahukan fleksibiliti enjin petrol.
Dengan pengalaman pemanduan berteraskan EV dan keupayaan jarak jauh, model ini menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km.
Ia menjadi titik permulaan praktikal untuk beralih daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Bagi yang mahukan pengalaman EV sepenuhnya, Proton e.MAS 7 Premium Plus menawarkan jarak pemanduan sehingga 450km (WLTP).
Ia dilengkapi kerusi hadapan fungsi urutan, perehat kaki bersepadu untuk penumpang hadapan dan pelbagai ciri keselesaan premium.
Model ini sesuai untuk pemandu yang mementingkan keselesaan dalam perjalanan jauh.
Penonton yang menghantar borang minat tempahan semasa siaran langsung @Mr POV atau @Sam Lim berpeluang memenangi ganjaran eksklusif Touch ‘n Go eWallet :
- Baucar RM10 untuk 1,000 penghantaran minat tempahan pertama bagi setiap sesi
- Baucar RM50 untuk 21 pemenang kuiz trivia
- Baucar RM700 untuk 7 penyokong pasukan pemenang dengan jumlah penghantaran minat tempahan tertinggi
Jadual Siaran Langsung Proton e.MAS Showdown
- Minggu 1 – 6 Ogos 2026 @Mr POV 8.00 malam
- Minggu 2 – 9 Ogos 2026 @Sam Lim 8.00 malam
- Minggu 2 – 11 Ogos 2026 @Mr POV 8.00 malam
- Minggu 3 – 20 Ogos 2026 @Sam Lim 8.00 malam
- Minggu 3 – 21 Ogos 2026 @Mr POV 8.00 malam
Sebagai jenama xEV No.1 di Malaysia, Proton e.MAS percaya mempercepatkan mobiliti elektrik bukan sekadar memperkenalkan produk baharu tetapi dalam masa yang sama membantu pengguna memahami teknologi, menangani salah faham dan memberi keyakinan untuk memilih penyelesaian elektrik yang sesuai dengan gaya hidup mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti media sosial rasmi :
- Facebook (Proton e.MAS Cars)
- Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars)
- TikTok (@protonemasofficial)
- Instagram (@protonemasofficial)






























