Kes khianat kereta ADUN, mekanik direman bantu siasatan

255

Mekanik direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes khianat dengan merosakkan cermin depan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan bata, di Kangar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas suspek berusia 36 tahun dibawa ke Mahkamah Kangar.



Menurutnya, suspek direman sehingga 29 Mac ini untuk membantu siasatan kes ini.

“Motif sebenar masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati suspek suka mengganggu mangsa dengan menelefon serta menggunakan platform aplikasi WhatsApp sebelum ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Semalam, cermin depan Nissan Grand Livina milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Gan Ay Ling pecah selepas dibaling bata oleh seorang individu di kediamannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here