Adakah ini Nissan Grand Livina baharu?

2493

Di negara jiran kita, Indonesia memang terkenal dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjadi jentera diminati di sana. Beberapa hari lalu, satu pemilik Instagram @pulau_mobil memuat naik dua gambar sebuah MPV yang seolah-olah mirip Mitsubishi Xpander. Namun ada yang mendakwa ia adalah Nissan Grand Livina baharu. Kalau begini bentuk Grand Livina, memang cantik dan menarik berbanding generasi sebelum ini.

Jika dilihat pada bahagian hadapan, lampu utamanya kelihatan tajam seolah-olah seperti XPander. Cuma jeriji kelihatan berbeza dan berbentuk seperti bentuk ‘V’.



Reka bentuk ‘V’ seolah-olah ia memang benar kenderaan Nissan kerana ia hampir sama penampilan Nissan X-Trail yang baharu.

Lihat pada bahagian sisi, ia juga nampak seperti seperti Mitsubishi Xpander. Namun, kami tidak pasti sama ada gambar yang diambil oleh netizen ini benar-benar produk Nisssan atau sebaliknya.

Sekiranya bentuk seperti ini Nissan Grand Livina baharu, sudah pasti ramai yang membelinya seperti zaman kegemilangannya beberapa tahun lalu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here