Sani Ferry akan beroperasi minggu ini ke Pulau Langkawi

116
Baru-baru ini, akaun Facebook Sani Express memaklumkan Sani Ferry akan memulakan jualan tiket dan beroperasi pada minggu ini. 
 
Pengasas Kumpulan SANI, Datuk Sani Salleh berkata memulakan perniagaan baru bukanlah mudah seperti jangkaan.
 
Sani Ferry Langkawi , saya memohon maaf diatas kelewatan Sani Ferry memulakan operasi di Langkawi.
 
“Syukur Alhamdulillah, untuk makluman semua, segala urusan Sani Ferry telah selesai dan dijangka akan memulakan penjualan tiket dan beroperasi pada minggu depan (minggu ini).
 
“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong perhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Kumpulan Sani dari dulu sehingga kini,” katanya.
 
Pada 14 Mac lalu, perkhidmatan feri tersebut membuka trip percubaan dari Kuala Perlis ke Langkawi pada jam 4 petang. Ia terbuka kepada penduduk dan pelancong Langkawi yang ingin mencuba perkhidmatan tersebut.
 

Selain aplikasi SANI, tiket juga boleh didapatkan di kaunter Sani Ferry Kuala Perlis dan Langkawi.

Tahun lalu, Motoqar melaporkan Sani Express akan memulakan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi seawal 2024.
 
Susulan perkongsian itu, Sani Express bakal memecah monopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi.
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here