Sani Ferry ke Pulau Langkawi bakal beroperasi awal tahun depan

1352

Operator bas ekspres terbesar negara, Sani Express Sdn Bhd berkongsi di akaun rasmi Facebook bakal memulakan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi bermula awal tahun depan.

Susulan perkongsian itu, Sani Express bakal memecah monopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi.



“Jangkaan mula beroperasi pada awal tahun 2024, Pulau Langkawi – Kuala Perlis,” tulis hantaran tersebut.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pihak Sani Express menyatakan buat masa ini perkhidmatan Feri dengan kapasiti sekitar 230 tempat duduk itu masih belum beroperasi.

Feri pertama Sani itu akan beroperasi dari Kuala Perlis manakala feri kedua dari  Kuala Kedah.

“Tiket boleh dibeli di Kaunter Terminal Jeti Pulau Langkawi ,Kuala Perlis atau Kuala Kedah dan bagi pembelian online adalah melalui Easybook.

“Boleh juga muat turun aplikasi SANI nanti kami akan buat makluman di page kami info lengkap apabila pejualan tiket telah dibuka dalam masa terdekat,” tulisnya di ruangan komen.

Pihak Sani turut berkongsi harga tiket feri iaitu:

  • Dewasa : RM21
  • Kanak-kanak : RM16
  • OKU : RM10
  • Warga emas : RM13
  • Penduduk Langkawi Dewasa (RM15.00), kanak-kanak (RM10)

Sani Ferry Sdn Bhd ditubuhkan pada 2016 yang menawarkan feri rekaan moden dan maklumat lanjut atau pembelian tiket boleh layari laman web rasmi Sani Express.

Sementara itu, sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan sumber industri meminta pihak kerajaan menghentikan monopoli pengangkutan awam air ke pulau tersebut berikutan langkah beberapa syarikat membentuk konsortium hingga menimbulkan banyak rungutan penumpang selain mutu perkhidmatan tidak cekap.
 

Isu kelemahan feri itu turut dibangkitkan Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff yang menggesa kerajaan menamatkan monopoli feri dikawal konsortium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here