Tular foto barisan SUV Mazda, sah milik MB dan Exco Terengganu

219

Pembelian 10 SUV baharu yang tular di media sosial didakwa akan menjadi kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan EXCO mampu menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan lama.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal, berkata peruntukan pembelian SUV bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan yang lama itu menggunakan bajet pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata, pembelian kenderaan itu adalah satu keperluan bagi menjimatkan kos selenggara kenderaan rasmi kerajaan.



“Setakat ini, SUV yang dibeli pada Mei lalu belum diagihkan termasuk kepada EXCO kerajaan negeri.

“Pembelian SUV baharu itu tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan melalui bajet pentadbiran kerajaan negeri tahun lalu,” katanya.

Isu pembelian SUV baharu oleh kerajaan negeri Terengganu tular di media sosial dan didakwa akan menjadi kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan EXCO.

Tengku Farok Hussin berkata, pembelian kenderaan rasmi baharu itu tidak menyalahi peraturan kerana peruntukan diluluskan kerajaan selepas dibentangkan pada pembentangan bajet 2022.

“Kerajaan negeri juga meluluskan bagi pembelian kenderaan pacuan empat roda kepada Jabatan Perhutanan negeri, tetapi pembelian itu tidak dipertikaikan termasuk oleh pemimpin politik.

“Sudah menjadi kebiasaan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan baharu kepada ketua jabatan termasuk EXCO kerajaan negeri,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here