Skandal ujian keselamatan : Daihatsu gantung pengeluaran hingga Januari 2024

163

Daihatsu Motor menyatakan akan kekal menggantung pengeluaran domestik sehingga hujung Januari 2024 selepas menghentikan semua penghantaran gara-gara skandal ujian keselamatan.

Daihatsu, yang telah menjalani pemeriksaan Kementerian Pengangkutan Jepun berkata masih belum membuat keputusan memulakan penghantaran dan pengeluaran kenderaannya.



Syarikat itu merancang untuk menghentikan pengeluaran di semua kilangnya di Jepun pada hari Selasa yang memberi kesan besar kepada pihak pembekal.

Menurut syarikat penyelidikan Teikoku Databank Ltd, terdapat lebih 8,000 vendor di Jepun yang membekalkan produk atau perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung kepada Daihatsu yang menjana jualan tahunan sekitar JYP 2.2 trilion (RM71 bilion). 

Daihatsu telah memulakan rundingan pampasan dengan pembekal yang mana pengeluaran kenderaan kira-kira 4,000 setiap hari dan telahpun menghentikan tempahan alat ganti.

Bahkan, mereka juga sedang berbincang dengan kesatuan pekerjanya mengenai gaji ketika tempoh pemberhentian pengeluaran, menurut sumber.

Minggu lalu, Daihatsu melaporkan 64 model terlibat dalam ketidakaturan ujian keselamatan berbanding enam model yang terkesan pada musim bunga.

Susulan pendedahan itu, syarikat berkata memutuskan untuk menghentikan semua penghantaran tempatan dan luar Jepun.

Bagaimanapun, pengeluaran di Indonesia dan Malaysia disambung selepas kerajaan negara masing-masing mengesahkan model yang dijual selamat untuk digunakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here