Isu ‘ketidakaturan prosedur’ ujian Daihatsu, UMW Toyota jamin tangani isu segera dan telus

227

Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) memberi jaminan kepada pelanggan dan orang ramai bahawa syarikat komited meneruskan pengurusan dengan telus susulan isu ‘ketidakaturan prosedur’ yang diumumkan oleh Daihatsu Motor Co Ltd (DMC), baru-baru ini. 

Susulan laporan Toyota Motor Corporation (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang dilaksanakan DMC memberi kesan pada tiga model yang diedarkan UMW Toyota di Malaysia.



Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata pihaknya komited dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaan.

“Jangan bimbang, kami sedang berusaha memastikan kesemua kenderaan di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

“UMW Toyota bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani isu secara segera dan telus dengan komitmen menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia,” jelasnya.

Di samping itu, beliau juga mengakui kepentingan kepercayaan pelanggan dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi fokus utama syarikat. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here