Modenas bakal lancar Kymco AK550 Januari 2024

7093

Modenas bakal melancarkan Kymco AK550 awal tahun depan. Skuter AK550 buat penunggang yang ingin mencari keseimbangan fesyen, keselesaan dan ketangkasan.

Ia terkenal dengan reka bentuk sporty dan prestasi berkuasa menerusi enjin bersesaran 550.4cc DOHC yang menghasilkan kuasa 51hp @ 7,500rpm dan tork 52Nm @ 6,000rpm.

Skuter maksi itu dilengkapi dengan teknologi terkini misalnya throttle by wire, dua mod tunggangan (Standard & Rain), Kawalan Traksi, Kawalan Kruise, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) selekoh dan visor yang boleh dilaras elektronik.



Ciri peralatan lain misalnya tangki minyak bersaiz 14.5 liter, tinggi pelana 800mm, dua paparan LCD digital dan TFT warna penuh, dua USB, dan ruangan simpanan cukup besar di bawah pelana.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi terbalik 41mm di depan bersama rim bersaiz 15-inci. 

4 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here