Geely mahu buka universiti di Tanjong Malim

215

Kerajaan Perak sudah menerima cadangan daripada syarikat kenderaan terkemuka China, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) bagi membina sebuah universiti di Tanjung Malim.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, hasrat tersebut dikemukakan sendiri oleh pengurusan kanan syarikat berkenaan pada minggu lalu.

Menurutnya, cadangan tersebut merupakan perancangan masa depan selain pelaburan bernilai RM32 bilion yang akan dibawa masuk ke Tanjong Malim menerusi Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).



“Di China setiap perusahaan ada satu universiti, jadi Perak akan ada satu universiti. Universiti itu nanti akan melatih melahirkan bakat-bakat muda dalam bidang TVET dan teknologi automotif.

“Mereka minta kita menyediakan tempat. Kita pun sudah mencadangkan tempat kepada mereka,” katanya.

Saarani berkata, menerusi kewujudan Universiti Geely itu kelak, akan ada beberapa lagi pembinaan bangunan dan institusi lain yang berkaitan dengan institusi pendidikan tersebut.

Menurutnya, Geely juga berhasrat untuk mempunyai peluang pelaburan penting di Asia Tenggara dan Perak dipilih menjadi sebagai hab.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here