Proton daftar X80 di MyIPO, versi rebadge Geely Tugella?

1024

Rakan media, Funtasticko melaporkan penemuan pendaftaran tanda dagang Proton X80 di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).

Bagaimanapun, tanda dagang berkenaan didaftarkan bukan satu namun di bawah lima kategori iaitu:



  • Kelas 12 : Kategori kereta, kenderaan, automobil motor
  • Kelas 16 : Kategori percetakan, fotografi, pembungkusan dan lain-lain
  • Kelas 20 : Kategori papan pameran dan papan pembentangan
  • Kelas 25 : Pakaian, kasut dan topi
  • Kelas 35 : Kategori pengiklanan, pengurusan perniagaan, pemasaran media sosial dan membekalkan informasi perniagaan menerusi laman sesawang

Pendaftaran itu dilakukan oleh ejen, Azmi & Associates mewakili Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd pada 5 Oktober 2021 dan tarikh tamat tempoh pada 5 Oktober 2031. 

Model potensi Geely yang bakal menggunakan tanda nama X80 adalah Xingyue atau di pasaran antarabangsa dikenali dengan nama Tugella dan  Xingyue L

Geely Tugella didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu standard yang menggunakan enjin 2.0L turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 238hp dan tork 350Nm bersama transmisi Aisin 8-kelajuan automatik.

Manakala versi PHEV didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo dan MHEV 1.5L turbo 48V dan kedua-duanya didatangkan dengan transmisi 7-kelajuan automatik. 

Diposisikan sebagai SUV kompak, versi Xingyue L di pasaran China lebih besar dengan panjang 4,795mm, lebar (1,895mm) dan tinggi (1,689mm) serta jarak roda 2,845mm iaitu lebih panjang 25mm berbanding model sedia ada.

Xingyue dibina berdasarkan pelantar CMA dan merupakan kereta paling berkuasa dalam Geely. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here