
Proton e.MAS 7 merekodkan jualan kumulatif sebanyak 7,413, setakat Oktober lalu yang mana 459 unit daripada merupakan jualan eksport.
Ia sekaligus menjadikan e.MAS 7 sebagai kereta elektrik (EV) terlaris di Malaysia selama 10 bulan berturut-turut.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang menyatakan pencapaian itu sebagai bukti kepercayaan rakyat.
“Kami menghargai sokongan padu yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 dan kini Proton e.MAS 5.
“Setiap tempahan yang diterima melambangkan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kami untuk menawarkan Proton e.MAS 5 dengan kualiti dan piawaian tertinggi,” jelasnya.
Sejak diperkenalkan, Proton e.MAS 7 dipasarkan sebagai model CBU dari China bagi memenuhi permintaan awal.
Kini, model berkenaan telahpun dipasang secara tempatan (CKD) di kemudahan Tanjong Malim, sekali gus mencatat sejarah sebagai EV pertama Proton yang dipasang di Malaysia.
































