Anggota polis dilanggar kereta dipandu penjenayah

146

Seorang anggota polis cedera dilanggar kenderaan dipandu suspek di sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa di Klang, ketika hendak membuat tangkapan melibatkan kes samun, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang selepas anggota polis terserempak sebuah Toyota Vios berwarna putih disyaki terlibat kes samun di Subang Jaya.

Menurutnya, apabila tangkapan hendak dilakukan, suspek bertindak agresif denga menolak anggota polis dan melarikan diri menaiki kereta.

“Ketika kejadian, kereta suspek telah melanggar dan hampir menggilis kaki anggota polis itu serta melanggar kereta digunakan pasukan polis tersebut sebelum memandu melawan arus masuk ke jalan besar menghala Shah Alam.

“Suspek kemudian telah meninggalkan keretanya di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Susulan kejadian itu, anggota tersebut mengalami kecederaan.

Tegasnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 12.45 tengah malam Khamis, suspek warga tempatan berusia 33 tahun diberkas di sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang.

“Suspek yang mempunyai 20 rekod jenayah dan lima rekod dadah lampau kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” ujarnya.

Sebelum itu, tular rakaman video berdurasi 1 minit 17 saat yang dirakamkan orang awam yang berada di lokasi kejadian yang memaparkan kenderaan suspek yang melarikan diri.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here