
Jentera street roadster, Royal Enfiled Hunter 350 (2025) rasmi diperkenalkan ke pasaran tempatan menerusi naik taraf signifikan dan lima pilihan warna baharu iaitu Dapper Grey, Tokyo Black, London Red, Rio White, dan Rebel Blue.
Sudahpun berada di pusat jualan sah seluruh negara, Hunter 350 menerima beberapa ciri baharu utama yang direka untuk meningkatkan keselesaan dan pengalaman tunggangan iaitu:
- Pilihan Warna Global Baharu: Warna Rio White, Tokyo Black, dan London Red yang diinspirasikan oleh lokasi paling bergaya di dunia.
- Keselesaan Penunggang: Naik taraf jarak kelegaan tanah, keselesaan pelana lebih baik, sistem suspensi baharu dan ergonomik intuitif yang selari dengan penunggang.
- Klac Slip-Assist: Hunter menjadi motosikal 350cc pertama Royal Enfield yang menerima klac slip-assist, meningkatkan kelancaran penukaran gear.
- Pengalaman Penunggang Dipertingkat: Dilengkapi lampu hadapan LED, Tripper Pod (sistem navigasi), dan pengecas pantas USB jenis-C.
Sementara itu harga jualan Royal Enfield Hunter 350 adalah :
- RM21,900 (warna asas Rio White dan Dapper Grey)
- RM22,500 (warna premium Tokyo Black, London Red dan Rebel Blue)
































