Proton Saga serba baharu rasmi lancar, harga mula RM37,990

21

Proton rasmi melancarkan Saga serba baharu menerusi tiga pilihan varian iaitu, 

  •  Standard : RM37,990
  • Executive : RM43,990
  • Premium : RM48,990

*harga istimewa pelancaran selepas rebat

Tiada lagi enjin 1.3 liter, Saga kini dikuasakan enjin i-GT 1.5 liter baharu berkuasa 120PS dan tork 150Nm. Enjin ini menampilkan beberapa teknologi termaju seperti Atkinson Cycle, Dual Variable Valve Timing (DVVT), dan Toothed Timing Chain(yang 25.24% lebih senyap berbanding roller timing chain tradisional).

Ia juga menawarkan kecekapan penggunakan bahan api 4.9 liter/100km bagi CVT (peningkatan 14.04%) dan 5.1 liter/10km (peningkatan 10.53%) bagi transmisi 4AT.

Sementara itu, Saga serba baharu juga menggunakan platform baharu Advanced Modular Architecture (AMA).

Seni bina elektronik termaju ini membolehkan integrasi lancar sistem pintar generasi baharu yang membuka laluan kepada teknologi sambungan pintar dan pemanduan autonomi dalam model akan datang.

Ia kini lebih panjang 4,390mm dengan tambahan +55mm manakala lebar kekal pada 1,690mm dan jarak roda 2,465mm.

Penampilan luarannya pula didatangkan dengan lampu depan projektor LED penuh dengan nyala siang (DRL) LED dan bar lampu belakang LED penuh. Selain itu, gril menggunakan elemen sulaman songket dan Ethereal Bow.

Masuk ke kabin tersedia dua skrin bersepadu bersaiz 16-inci menerusi paparan infotainmen 9-inci dan kluster meter digital 7-inci bersama konektiviti tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here