GWM Malaysia merekodkan pencapaian besar apabila unit pertama GWM WEY G9 yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB), Melaka, berjaya dihasilkan.
Majlis bersejarah itu disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama pengurusan kanan EPMB dan GWM Malaysia.
WEY G9 kini menjadi MPV Tenaga Baharu (NEV) premium pertama dari China yang dipasang di Malaysia, sekali gus menjadikan Malaysia hab pemasangan dan eksport serantau untuk ASEAN.
Kenderaan itu bakal dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2026.
![]()
Kerjasama strategik GWM–EPMB menandakan pelaburan jangka panjang GWM dalam ekosistem automotif Malaysia.
Fasiliti CKD di Melaka dijangka memainkan peranan penting dalam:
Pembangunan vendor tempatan
Pemindahan teknologi
Penciptaan peluang pekerjaan bernilai tinggi
Pengukuhan rantaian bekalan NEV serantau
Persediaan eksport ke negara jiran pada masa depan
Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, pengeluaran GWM WEY G9 dari Melaka adalah hasil gabungan kejuruteraan global dan kemahiran tempatan.
Ia mengukuhkan komitmen GWM untuk membina industri, menyokong pekerjaan tempatan dan memastikan pelanggan menikmati MPV New Energy premium yang dipasang dengan bangga di Malaysia.
![]()
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi pula menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol kukuh strategi GWM.
Jelasnya, pengeluaran unit pertama WEY G9 dari barisan pemasangan Malaysia menandakan keyakinan GWM terhadap negara ini sebagai pangkalan pembuatan strategik.
Tambah beiau, ini bukan sekadar CKD, malah ia adalah permulaan kepada rancangan pembangunan lebih besar untuk memperkukuh peluang eksport di masa hadapan.
GWM WEY G9 dibangunkan melalui rangkaian R&D global GWM dan berasaskan pelantar Tenaga Baharu mewah yang khusus.
Pemasangan CKD di Melaka juga memastikan standard antarabangsa dipadankan dengan kawalan kualiti tempatan.
![]()
Sebagai MPV premium New Energy, WEY G9 bakal memasuki pasaran Malaysia dengan teknologi yang menonjol dalam segmennya, ini termasuk:
Sistem Hybrid Intelligent 4WD (Hi4)
Prestasi pemanduan lebih lancar dan efisien
Kabin premium dengan kemasan mewah
Sistem keselamatan pintar generasi baharu
Keselesaan bertaraf eksekutif untuk keluarga dan perniagaan
Model ini disasarkan untuk pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi, kemewahan dan teknologi elektrifikasi terkini.
GWM Malaysia kini membuka tempahan awal bagi WEY G9 di semua pengedar sah seluruh negara, dengan harga anggaran di bawah RM300,000.
Ia sekaligus menjadikannya antara MPV premium New Energy paling menarik dalam pasaran Malaysia menjelang 2026.
Selepas kejayaan unit pertama CKD, fokus kini lebih terarah kepada:
Persiapan pelancaran rasmi Malaysia (awal 2026)
Pendomestikan komponen yang lebih mendalam
Pengembangan kapasiti teknikal kilang EPMB
Pembangunan bakat tempatan
Perancangan eksport untuk pasaran ASEAN
GWM menegaskan perkembangan CKD seterusnya dan strategi NEV serantau akan dikongsi secara berperingkat.