Utama Berita Automotif GWM Malaysia rasmi serah GWM WEY G9 untuk Siti Nurhaliza

GWM Malaysia rasmi serah GWM WEY G9 untuk Siti Nurhaliza

46

GWM Malaysia secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama dipasang secara lokal kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, menandakan satu peristiwa bersejarah untuk jenama New Energy di Malaysia.

Majlis penyerahan berlangsung di GWM USJ, selepas acara perasmiannya yang diadakan di MITEC pada bulan Januari lalu.

Dalam majlis itu, Siti Nurhaliza turut diumumkan sebagai duta rasmi jenama WEY G9 sekali gus meletakkan kedudukan MPV pintar berkenaan sebagai kenderaan yang sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga dan urusan profesional.

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, penyerahan ini membuktikan keyakinan GWM terhadap pasaran di Malaysia.

“Kami berasa sungguh berbesar hati untuk menyerahkan WEY G9 Hi4 PHEV kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pemilik pertama dan duta jenama ini..

“Sikap profesional, penampilannya yang anggun dan keistimewaan beliau yang berjaya menambat hati peminat dari pelbagai generasi menepati kesemua aspek diinginkan oleh WEY G9 Hi4 PHEV sebagai MPV New Energy baharu yang premium.

“Dengan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, rekaan sofistikated dan teknologi pintarnya, WEY G9 Hi4 PHEV dicipta untuk pemandu yang pakar dalam menilai prestasi, menitikberatkan kecanggihan reka bentuk dan berkeyakinan dalam setiap perjalanan,” katanya.

Siti Nurhaliza turut berkongsi kegembiraan beliau semasa menerima WEY G9 yang disifatkan sebagai detik begitu bermakna dan bernilai dalam kehidupannya.

“WEY G9 Hi4 PHEV terasa begitu sempurna dalam melengkapkan kehidupan harian saya..

“Keselesaan, ruangnya yang luas, dan reka bentuk dalamannya menjadikan setiap perjalanan lebih tenang dan menyeronokkan.

“Sama ada saya menggunakannya untuk keluar bekerja, menghadiri mesyuarat, atau meluangkan masa bersama keluarga tersayang, setiap perjalanan dirasakan berjalan dengan lancar, damai, dan meyakinkan.

“Inilah maksud sebenar keseimbangan dan kemudahan yang amat saya hargai,” katanya.

Sebagai sebuah kenderaan mewah, MPV dengan kuasa elektrik hibrid (plug-in), WEY G9 Hi4 PHEV direka untuk memberikan prestasi mantap, keselesaan dipertingkatkan, dan kecekapan bertaraf dunia.

Sistem pintar hibrid Hi4, dengan gabungan tiga ruang barisan beserta ciri-ciri premium, menjadikannya paling sesuai untuk kegunaan keluarga moden dan golongan profesional yang inginkan fleksibiliti tanpa kompromi.

Sejak dilancarkan, WEY G9 Hi4 PHEV menerima lebih 800 tempahan dalam minggu pertama, menunjukkan permintaan tinggi di kalangan pengguna di Malaysia, di samping pasaran berdaya saing dan harga menarik – RM269,800.

Dengan gabungan prestasi sistem hibrid pintar, keselesaan hakiki, keselamatan komprehensif, rekaan ciri-ciri kemudahan dibina dengan teliti, GWM WEY G9 Hi4 PHEV terus cemerlang dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras baharu untuk rangkaian MPV mewah di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here