
Dalam pasaran automotif Malaysia yang semakin kompetitif, satu nama terus kekal di hati pengguna iaitu Toyota.
Sebagai jenama bukan nasional teratas di Malaysia, UMW Toyota Motor telah membuktikan dominasinya dengan mencatat jualan melebihi 102,300 unit pada 2024, menandakan tahun ketiga berturut-turut syarikat ini berjaya melepasi angka 100,000 unit.
Ini bukan sekadar angka ia adalah bukti kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi daripada rakyat Malaysia terhadap jenama ini.
Jadi, mengapa begitu ramai yang meletakkan kepercayaan mereka kepada Toyota? Jawapannya terletak pada beberapa tunjang utama yang menjadi falsafah Toyota.
Toyota: Jaminan Kualiti Sejagat & Rakan Kongsi Kepercayaan
Toyota dikenali di seluruh dunia atas janji Kualiti, Kekukuhan dan Ketahanan (QDR).
Setiap model direka dan diuji dengan teliti untuk memastikan ia mampu bertahan dalam apa jua keadaan, memberikan ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.
Komitmen ini disokong oleh falsafah Kaizen (penambahbaikan berterusan).
Prinsip ini tidak terhenti pada rekaan dan pengeluaran semata-mata, malah turut diaplikasikan untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman pelanggan.
Di Malaysia, jutaan pengguna memilih Toyota kerana ia adalah lebih daripada sekadar kenderaan.
Kenderaan Toyota adalah rakan kongsi dipercayai untuk perjalanan balik kampung, rakan kerja yang membantu perniagaan dan pertanian, serta kereta keluarga yang mengiringi detik-detik penting dalam hidup.
Kehebatan dan kebolehpercayaan kenderaan Toyota diakui dan dihebahkan sendiri oleh pemilik dan menunjukkan kepentingan kualiti dan hubungan jangka panjang yang dibentuk oleh Toyota.
Nilai Jualan Semula yang Kukuh
Apabila membeli Toyota, anda bukan sekadar membeli sebuah kereta, anda membuat pelaburan yang bijak.
Nilai jualan semula yang tinggi adalah ciri khas jenama ini. Ini adalah bukti jelas tentang mutu binaan, ketahanan yang terbukti, dan permintaan pasaran yang sentiasa tinggi.
Ini memberikan keyakinan bahawa kenderaan anda akan mengekalkan nilainya.
Inovasi dan Pilihan untuk Semua
Sebagai perintis dalam teknologi hibrid, Toyota sentiasa berada di hadapan dalam memacu inovasi, terutamanya dalam bidang mobiliti hijau.
Penawaran hibrid Toyota bukan sekadar komitmen terhadap alam sekitar, tetapi juga jaminan prestasi dan kecekapan luar biasa.
Gabungan enjin petrol dan motor elektrik menawarkan penjimatan bahan api yang ketara serta pengalaman pemanduan yang lancar.
Komitmen ini dibuktikan melalui barisan model hibrid yang merentasi segmen seperti:
- Innova Zenix Hybrid Electric
- Camry Hybrid Electric
- Corolla Cross HEV GR Sport
- Corolla Cross Hybrid Electric
Selain itu, Toyota menawarkan rangkaian kenderaan yang menyeluruh untuk setiap gaya hidup dan keperluan:
- Untuk Golongan Muda & Profesional: Toyota Yaris dan Vios yang bergaya dan lincah, sesuai untuk pemanduan di bandar dan sebagai kenderaan pertama.
- Untuk Keluarga: Toyota Veloz dan Corolla Cross menawarkan ruang yang selesa, keselamatan, dan praktikal untuk seisi keluarga.
- Untuk Usahawan & Pengembara Lasak: Toyota Hilux dan Fortuner adalah pilihan ideal yang terbukti tahan lasak dan berkuasa, sesuai untuk cabaran di luar jalan dan kegunaan komersial.
- Untuk Gaya Hidup Premium: Toyota Camry yang elegan dan model MPV mewah seperti Vellfire dan Alphard menawarkan gabungan sempurna antara kemewahan, keselesaan, dan teknologi terkini.
Jaminan Pemilikan Terbaik
Pengalaman memiliki Toyota tidak berakhir selepas pembelian. Sebaliknya, ia adalah sebuah perjalanan yang disokong sepenuhnya oleh ekosistem perkhidmatan selepas jualan yang mantap, direka untuk memberikan anda ketenangan fikiran yang mutlak.
Hakikat ini terbukti dengan rekod lebih 1.42 juta pelanggan yang kembali ke pusat servis Toyota tahun lalu, membuktikan komitmen jenama ini terhadap kepuasan pelanggan.
- Penjagaan Kenderaan: Toyota memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik dengan menawarkan pakej servis komprehensif seperti TOYOTA MAXCHECK. Untuk penjimatan kos yang lebih baik, anda boleh melanggan Toyota Service Savers (TSS)—pakej penyelenggaraan prabayar yang menjamin penggunaan Toyota Genuine Parts dan penjagaan berkualiti tinggi oleh juruteknik terlatih.
- Bantuan dan Keselamatan Tambahan: Dengan 24SEVEN Road Assist, bantuan di tepi jalan sentiasa sedia untuk anda, 24 jam sehari. Kenderaan anda juga boleh dilengkapi dengan Toyota Vehicle Telematics System (VTS), yang membolehkan anda kekal berhubung dengan kenderaan melalui teknologi pintar.
- Ganjaran Kesetiaan: Program LOYAL T direka untuk menghargai kesetiaan anda. Setiap kali anda membeli, menyelenggara kenderaan Toyota, anda akan mengumpul mata yang boleh ditebus sebagai baucar untuk servis akan datang.
- Jaminan Penuh Keyakinan: Setiap kenderaan baru dilindungi oleh Jaminan 5 Tahun. Untuk kebanyakan model, jaminan ini didatangkan dengan perbatuan tanpa had, manakala untuk model Hilux dan Hiace pula, ia merangkumi 150,000 km atau 5 tahun, yang mana tiba dahulu. Ini memberikan perlindungan dan keyakinan sepanjang tempoh pemilikan anda.
Bukan Sekadar Kenderaan Tetapi Teman
Dengan setiap kelebihan yang ditawarkan, Toyota bukan sekadar kenderaan, tetapi teman setia dalam setiap perjalanan hidup anda.
Daripada pengembaraan pertama hingga detik detik penting bersama keluarga, Toyota sentiasa ada untuk memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan, menjadikan setiap perjalanan bukan hanya satu destinasi, tetapi sebuah kenangan yang tidak akan dilupakan.
Rasai sendiri pengalaman pemilikan Toyota. Kunjungi bilik pameran terdekat atau laman web rasmi untuk maklumat lanjut.


































