
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna badan baharu bagi EX115 (2025) iaitu biru, kelabu dan hijau.
Bakal berada di pusat jualan bermula 15 Disember ini, harga jualan kapcai itu adalah RM5,698 seunit (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).
Pemilik baharu EZ115 boleh menikmati faedah tambahan dengan menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 bagi setiap pembelian.
Yamaha EZ115 dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 114 cc, sejukan udara SOHC yang menghasilkan kuasa 6.4 kW pada 7,000 rpm dan tork 9.5 Nm pada 5,500 rpm.
Ia didatangkan dengan ruang simpanan luas di bawah pelana dan boleh dibuka dengan mudah menggunakan kunci utama sahaja.




























