Komuter Kulai-JB beroperasi suku pertama 2026

9

Perkhidmatan komuter khusus bagi laluan Kulai–Johor Bahru dirancang untuk diperkenalkan akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penyediaan perkhidmatan itu adalah sebagai langkah meningkatkan lagi rangkaian pengangkutan awam dan kemudahan mobiliti rakyat Johor.

“Perkhidmatan itu akan dilaksana menggunakan set tren dan gerabak sedia ada yang sebelum ini beroperasi sebagai tren shuttle Gemas–Johor Bahru.

“Selain perkhidmatan Tren Elektrik (ETS), kita juga mahu memperkenalkan tren komuter khusus untuk laluan Kulai ke Johor Bahru. Ini sedang dirangka dan sementara menunggu set tren baharu, kita akan optimumkan gerabak-gerabak sedia ada.

“Koc-koc yang digunakan antara Gemas dan Johor Bahru akan disusun semula untuk laluan Kulai–Johor Bahru,” katanya. 

Anthony berkata, penggunaan perkhidmatan komuter bagi laluan Kulai–Johor Bahru membolehkan kekerapan tren ditingkatkan dengan ketara, memandangkan perjalanan hanya mengambil kira-kira 20 minit.

Jelasnya, dengan jadual baharu yang akan diperkenalkan kelak, sebanyak 16 perkhidmatan menuju Johor Bahru dan 16 perkhidmatan lagi ke Kulai akan disediakan setiap hari, menjadikan kekerapan operasi hampir setiap setengah jam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here