Honda N-BOX CUSTOM Black Style 2026, bergaya dengan hiasan hitam, RM54 ribu – RM61 ribu

6

Honda melancarkan N-BOX CUSTOM edisi khas Black Style dengan sentuhan hitam yang bergaya.

N-BOX terus menjadi kei car popular di Jepun, dengan ruang kabin antara yang terbesar dalam segmen, reka bentuk berkarisma, serta keselamatan Honda SENSING standard untuk semua varian.

Rangkaian kuasa cekap, pengendalian stabil dan keselesaan pemanduan menjadikannya pilihan pelbagai lapisan pengguna.

Edisi Black Style dibangunkan untuk membawa imej lebih premium dan sofistikated melalui penggunaan elemen hitam pada komponen luaran dan dalaman.

Model ini mula dijual di Jepun bermula 12 Disember 2025.

Gayaan Hitam Bergaya

  • Garnish lampu kabus, jeriji depan Custom dan garnish plat belakang warna Berlina Black.
  • Pemegang pintu, cermin sisi dan emblem N-BOX/CUSTOM menerima kemasan Crystal Black Pearl.
  • Rim aluminium dalam warna Berlina Black – 14 inci untuk varian biasa, 15 inci untuk Turbo.
  • Kabin diperkemas dengan panel pintu Piano Black serta perehat tangan prime smooth (Turbo).

Lebih Lengkap Dengan Kelengkapan Premium

 

  • Lampu kabus LED (clear)
  • Pintu gelangsar berkuasa (kanan)
  • Meja untuk penumpang belakang dengan cangkuk (pemandu & penumpang hadapan)
  • Stereng kulit (jahitan hitam)
  • Rim 14/15 inci Berlina Black + nut hitam

Tambahan pada varian Turbo:

  • Perehat tangan prime smooth
  • Rim 15 inci Berlina Black

Rangkaian Kuasa

660cc i-VTEC

Enjin i-VTEC menekankan keseimbangan antara prestasi harian dan penjimatan bahan api.

Enjin ini menawarkan pecutan bertenaga ketika mula bergerak, ketika memotong atau mendaki, sambil menawarkan kecekapan untuk kegunaan harian.

  • Output maksimum: 58 os  @ 7,300 rpm
  • Tork maksimum: 65Nm @ 4,800 rpm

660cc Turbo

Enjin turbo dilengkapi electric wastegate bagi mengawal tekanan boost secara optimum.

Ia memberi desakan kuasa, dengan tindak balas lebih baik untuk pemanduan bertenaga,

  • Output maksimum: 64 ps @ 6,000 rpm
  • Tork maksimum: 104Nm @ 2,600 rpm

Harga dan Varian

Harga N-BOX CUSTOM Black Style bermula daripada 2,063,600 yen (~RM54,304) untuk varian FF dan sehingga 2,330,900 yen (~RM61,486) untuk N-BOX CUSTOM Turbo Black Style 4WD.

N-BOX CUSTOM Black Style (660cc DOHC, CVT)

  • FF: 2,063,600 yen (~RM54,304)
  • 4WD: 2,196,700 yen (~RM57,844)

N-BOX CUSTOM Turbo Black Style

  • FF: 2,197,800 yen (~RM57,948)
  • 4WD: 2,330,900 yen (~RM61,486)

Pilihan Warna Badan

  • Platinum White Pearl (+33,000 yen / +RM868)
  • Meteoriod Gray Metallic (+33,000 yen / +RM868)
  • Crystal Black Pearl (tanpa caj)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here