PRO-NET, Alibaba Cloud jalin kerjasama pacu transformasi digital

5

PRO-NET menjalinkan kerjasama dengan Alibaba Cloud, rangkaian teknologi digital dan kepintaran buatan Alibaba Group, untuk memacu agenda transformasi digital di negara ini.

Kerjasama ini menekankan komitmen PRO-NET dalam memanfaatkan infrastruktur awan canggih bagi memacu masa depan mobiliti lestari di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Alibaba Cloud menjadi rakan utama PRO-NET, dan sokongan mereka dalam membina asas berfokuskan awan amat penting dalam memajukan ekosistem mobiliti tenaga baru Malaysia.

“Apabila kita melangkah ke fasa seterusnya dengan AI, kerjasama ini akan membolehkan kita mendapatkan pandangan lebih mendalam, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan mempercepatkan visi kita untuk membentuk masa depan mobiliti yang lebih pintar bagi Malaysia,” katanya melalui kenyataan.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua syarikat memajukan keupayaan AI melalui Model Studio Alibaba Cloud untuk membangunkan chatbot dalaman PRO-NET, dengan rancangan untuk berkembang ke aplikasi pelanggan dan sistem infotainmen kenderaan masa depan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang AI yang lebih luas, merangkumi Qwen dan Platform for AI (PAI), menjadikan PRO-NET mampu memanfaatkan alat AI terkini untuk meningkatkan kecekapan operasi, pengalaman pelanggan, dan inovasi dalam mobiliti elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here