
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz GLE 400 e 4MATIC dengan Teknologi Hibrid EQ baharu ke pasaran tempatan.
Dijual pada harga RM498,888 seunit, kenderaan plug-in hibrid GLE yang pertama dilancarkan di pasaran tempatan itu merupakan versi pemasangan tempatan di kemudahan Mercedes-Benz Malaysia di Pekan.
Pengenalan varian plug-in hibrid (PHEV) itu menekankan komitmen Mercedes-Benz untuk memacu peralihan ke arah mobiliti lestari di Malaysia.
Informasi Janakuasa

- Enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo dengan transmisi automatik 9G-TRONIC dan pacuan semua roda 4MATIC.
- Dilengkapi dengan enjin segerak 100kW yang menawarkan output sistem keseluruhan sehingga 280 kW (381 hp) serta tork 650 Nm
- Jarak Elektrik: Jarak elektrik sehingga 114km (WLTP)
- Mod Pemanduan: Program pemacu hibrid yang dipertingkatkan mengutamakan pemanduan elektrik di kawasan bandar dan kini membolehkan pemanduan serba elektrik di laluan off-road
- Pengecasan: Pengecas 11 kW tersedia untuk pengecasan dari sesalur AC domestik atau kotak dinding tiga fasa. Kabel pengecas mod 2 turut disertakan
- 0-100kmj : 6.1 saat, dengan kelajuan maksimum 210kmj
- Keselesaan pemanduan ditingkatkan oleh Pakej AIRMATIC yang menampilkan suspensi keselesaan pintar yang menyesuaikan diri secara automatik kepada keadaan pemanduan, kelajuan, dan beban.
Reka Bentuk dan Ciri Dalaman
- Memiliki luaran AMG Line yang anggun dan menarik, menampilkan gril berlian dengan corak Mercedes-Benz dalam krom.
- Apron hadapan AMG, panel sisi AMG, dan lengkungan roda AMG dengan warna badan, serta apron belakang AMG bersama diffuser.
- Roda aloi ringan 5-jejari berkembar AMG bersaiz 21-inci, papan pemijak bercahaya aluminium, dan bumbung panorama.
- Dilengkapi dengan LED MULTIBEAM dengan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif Plus untuk penglihatan yang optimum.
- Kabin AMG Line menyerlahkan penampilan sporty.
- Konfigurasi 5-tempat duduk yang menawarkan ruang yang luas. Tempat duduk belakang boleh dilaraskan secara elektrik.
- Stereng sukan pelbagai fungsi dalam kulit nappa, sistem pedal sukan AMG dalam keluli tahan karat.
- Kemasan upholsteri kulit tiruan ARTICO / mikro gentian MICROCUT. Kemasan kayu oak open-pore Anthracite.
- Kawalan iklim automatik THERMOTRONIC, pakej USB Plus dengan lima port USB-C, dan pengecasan tanpa wayar di hadapan.
- Lampu ambien 64-warna dan pantulan bercahaya ‘Mercedes-Benz’ pada pintu.
- Pakej kemudahan KEYLESS-GO menampilkan akses KEYLESS-GO dan HANDS-FREE ACCESS untuk operasi bukaan pintu but tanpa menggunakan tangan.
Teknologi dan Keselamatan
- Sistem infotaimen MBUX (Mercedes-Benz User Experience) generasi kedua, dengan paparan pemandu dan infotainmen 12.3 inci, dan operasi skrin sentuh.
- MBUX Navigation Premium dan Augmented Reality MBUX untuk navigasi yang lebih selamat.
- Bantuan parkir dengan PARKTRONIC dan Pakej Letak Kereta dengan kamera 360 darjah
- Sistem bunyi keliling Burmester® 3D dengan integrasi Dolby Atmos, 13 pembesar suara, 13 saluran penguat, dan output sistem keseluruhan 590 watt.
- Fungsi bonet lutsinar memaparkan pandangan maya rupa bumi di hadapan melalui kamera 360 darjah, membantu pemanduan di kawasan yang tidak rata.
- Pakej Bantuan Pemanduan Plus melibatkan Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC dengan Bantuan Pemanduan Aktif; Bantuan Pemanduan Mengelak; Bantuan Pengekalan Laluan Aktif.

























