Smart #5 2025 lancar di Malaysia: Dua varian Premium & Brabus, harga bermula RM199,800

11

Jika sebelum ini Smart #1 dan Smart #3, kini tiba pula giliran Smart #5 tampil sebagai SUV penuh gaya yang lebih besar, bertenaga dan praktikal untuk pasaran Malaysia.

Ini berikutan, Smart Malaysia memperkenalkan model ketiga mereka itu di Malaysia yang ditawarkan dengan dua varian membabitkan:

  • Premium: RM199,800
  • Brabus: RM249,800

Harga yang ditawarkan adalah untuk 300 pemilik pertama. Selain itu, pemilik SUV itu akan menerima:

  • Pengecas Wallbox bernilai RM3,200
  • Adaptor V2L bernilai RM800
  • Data internet 3GB sebulan selama 3 tahun
  • Enam pakej aksesori bernilai RM2,000

Dari segi reka bentuk, Smart #5 membawakan pendekatan lebih agresif dan maskulin. Siluet tubuhnya yang tegap, gril depan besar berlampu LED penuh, serta perincian moden pada bahagian lampu belakang.

SUV itu dibina untuk bersaing dengan model seperti Hyundai Ioniq 5, Tesla Model Y dan Volvo EX30.

Ruang dalaman, smart #5 mempamerkan keselesaan dan inovasi. Ia dilengkapi bumbung kaca panoramik seluas 1.7m² yang mempamerkan ruang kabin dengan cahaya semula jadi, manakala penghadang bumbung membolehkan anda menyesuaikan suasana sambil menikmati minuman sejuk dari peti pendingin terbina di ruang penyimpanan konsol tengah.

Bagi varian premium, ruang dalamannya dilengkapi dengan kemasan kulit Nappa hitam, manakala kemasan hitam dan merah untuk Brabus.

Teknologi menjadi ciri utama dalam smart #5. Model ini menampilkan dua paparan OLED bersaiz 13 inci, paparan AR berukuran 25.6 inci, serta cipset automotif gred AMD V2000 yang memastikan prestasi pemanduan sentiasa lancar dan responsif.

Di pusat kawalannya LEO, avatar pintar berkuasa ChatGPT yang dinaik taraf bagi membantu untuk navigasi, berhubung, dan mengawal kenderaan dengan lebih mudah.

Dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, setiap perjalanan bersama smart #5 menawarkan pengalaman pemanduan yang intuitif, moden, dan menyakinkan.

Bercakap tentang sistem audio, smart #5 menawarkan 20 sistem pembesar suara SENNHEISER dengan teknologi Dolby Atmos serta pembesar suara bahagian tengah automatik yang disertakan dengan pencahayaan ambien menghasilkan pengalaman audio yang menyeluruh dan tiada tandingan.

Ruang but belakang juga luas sehingga 1,530 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, menjadikannya sesuai untuk keluarga mahupun mereka yang aktif dengan aktiviti luar.

Dari segi rangkaian kuasanya, Smart #5 menggunakan platform 800V berprestasi tinggi satu ciri yang jarang dijumpai dalam segmen ini.

Varian Premium:

SUV ini adalah untuk mereka yang suka akan ketenangan dan keyakinan dalam setiap pemanduan. Ia menawarkan pengalaman pacuan roda belakang yang lancar, dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.5 saat.

Dikuasakan oleh bateri 100kWh yang mampu mencapai jarak sehingga 590km (WLTP), ia turut menyokong seni bina 800V, pengecasan AC 22kW dan pengecasan pantas DC 400kW, menjadikannya pilihan ideal untuk pemanduan jarak jauh dengan keselesaan dan kecekapan maksimum.

SUV ini direka untuk menjadikan setiap perjalanan terasa mudah dan lancar, sama ada ketika berulang-alik mahupun menikmati percutian di luar bandar.

Varian Brabus:

Varian ini pula direka untuk mereka yang gemar akan prestasi yang sebenar. Dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat, ia menawarkan pengalaman pemanduan yang menggabungkan kuasa luar biasa dengan keunggulan sebuah SUV elektrik.

Sistem pacuan semua roda dwimotor, Launch Mode, dan pengalaman bunyi pemanduan BRABUS yang ditala khas menambahkan lagi rasa teruja di sebalik stereng.

Bahagian dalamnya menampilkan tempat duduk Dinamica microfibre, angkup brek berwarna merah serta rim BRABUS Monoblock Z bersaiz 21 inci yang menyerlahkan gaya sporty dan prestasi tinggi yang menjadi identiti BRABUS.

Smart juga tidak mengetepikan aspek keselamatan dan teknologi bantuan pemandu. Ia dilengkapi sistem ADAS generasi merangkumi kawalan pelayaran adaptif, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta dan banyak lagi, seiring dengan standard kenderaan elektrik premium hari ini.

 

Smart #5 Brabus

Didatangkan dalam 4 warna untuk varian Premium dan 3 warna untuk varian Brabus, smart #5 menampilkan rekaan berani yang mencerminkan falsafah kejuruteraan dan reka bentuk smart, menggabungkan seni bina EV canggih dengan penampilan yang unggul.

Aspek keselamatan dan kawalan berada pada tahap tertinggi. smart #5 telah meraih penarafan keselamatan 5 Bintang daripada Euro NCAP, dengan skor keseluruhan tertinggi bagi kategori SUV besar yang diuji pada tahun 2025.

Ia turut ditawarkan dengan waranti lapan tahun atau 200,000km untuk bateri voltan berkapasiti Tinggi, lapan tahun atau 150,000km komponen voltan berkapasiti tinggi, empat tahun atau tidak had perbatuan untuk kenderaan, dua tahun atau tidak had perbatuan untuk komponen gantian.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here