Proton daftar X90 dan X80, bakal ada SUV baharu?

1780

Sebelum ini sudah ada beberapa keping imej intip model baharu Proton dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan raya.

Baru-baru ini, rakan media Funtasticko menemui dua tanda dagang baharu Proton di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).

Tanda dagang baharu Proton X80 dan X90 itu didaftarkan ejen Azmi and Associates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd pada 5 Oktober tahun lalu.



Produk berkenaan didaftarkan di bawah klasifikasi ‘pengiklanan; pengurusan perniagaan; pentadbiran perniagaan; fungsi pejabat; pemasaran media sosial; penyediaan maklumat perniagaan melalui laman sesawang’. 

Apa yang menjadi persoalan adalah kewujudan produk X80. Adakah ini menjadi petanda bahawa Proton bakal memperkenalkan satu lagi model baharu pengganti kepada Exora?.

Sedangkan X90 sudah dijangka kemunculannya selepas tular foto model tersebut di media sosial. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here