Selepas 89 tahun, Toyota rampas takhta jualan tertinggi dari GM

1614

Untuk pertama kalinya dalam tempoh 89 tahun, syarikat automotif Jepun, Toyota berjaya mengalahkan General Motor sebagai pengeluar terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Toyota berjaya mengalahkan  General Motors dengan jualan 2.3 juta unit kenderaan tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jualan tahun 2020.



Perubahan kedudukan itu antara lain disebabkan kekurangan bekalan cip berterusan sehingga menjejaskan industri automotif.

Antara model terlaris Toyota adalah Camry, Tacoma, dan Corolla yang mana ketiga-tiganya menyumbang sebanyak 815,308 unit daripada jumlah jualan keseluruhan.

Sementara, General Motor merekodkan jualan sebanyak 2.2 juta dengan penurunan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2020 dan kekurangan 114,000 unit kenderaan berbanding Toyota.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here