Utama Berita Automotif Tular video iring lori balak, JPJ nafi beri perlindungan

Tular video iring lori balak, JPJ nafi beri perlindungan

1542
Semalam sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiringi beberapa lori balak di kawasan Gua Musang, Kelantan.
 
Video yang dimuatnaik di akaun Facebook itu menimbulkan persepsi negatif seolah JPJ memberi perlindungan kepada lori balak tersebut. Justeru itu, pihak JPJ mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjelaskan situasi sebenar.
 
Kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi menjelaskan bahawa situasi yang dilihat itu merupakan sebahagian daripada Ops Khas Lori Balak yang dilaksanakan oleh pihak JPJ Negeri Kelantan pada 3 Januari lalu.
 
Menerusi Ops Khas tersebut, JPJ berjaya menahan 30 buah lori balak di depan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dan mengiringi lori itu ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang.
 
Tindakan terbabit bagi memastikan pemandu lori tidak meloloskan diri daripada kawalan JPJ seterusnya ke lokasi yang diarahkan untuk menimbang berat muatan.
 

“Selain itu, JPJ  mengeluarkan 56 notis kesalahan iaitu 23 notis mengikut Seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, dua notis mengikut Seksyen 224 APAD 2010 dan 31 notis bagi lain-lain kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
“JPJ memandang serius persepsi negatif berkenaan yang mendakwa seolah-oleh memberi ‘perlindungan’ kepada lori balak yang dikongsi pemilik akaun tersebut dan dilihat telah mencalar imej jabatan tanpa mengetahui gerak kerja sebenar JPJ dalam menangani isu lori balak yang disyaki membawa lebih muatan.
 
“JPJ tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan dengan membuat laporan polis jika didapati tuduhan itu menggugat kredibiliti dan imej JPJ dalam melaksanakan tugas rutin,” jelasnya.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here