Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus tertinggi Malaysia dibuka Khamis depan

4704

Status Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus di Pulau Pinang dijangka dibuka kepada pengguna pada 13 Januari ini.

Lebuhraya dengan ketinggian 60 meter berkenaan akan menjadi lebuhraya tertinggi di Malaysia melebihi ketinggian jambatan Lebuhraya Rawang-Serendah (Rawang Bypass) dengan ketinggian 58.2 meter.



Projek lebuh raya sepanjang 5.5 km itu menelan belanja sebanyak RM545.6 juta, yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya Terubong (Jalan Thean Teik)-Bukit Jambul (5.5 km) dan Balik Pulau-Jalan Tun Sardon (600 meter).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Zairil Khir Johari berkata, pihaknya gembira mengenai projek berkenaan yang siap selepas proses pembinaan selama enam tahun.

“Projek itu sudah tertangguh beberapa kali kerana insiden tanah runtuh, kekangan pandemik Covid-19 dan beberapa isu teknikal yang membabitkan kerja tambahan.

“Namun, ia sudah siap sekarang dan diharap projek ikonik ini akan dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas pada kadar sehingga 30 peratus,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here