Utama Berita Automotif Had laju 40kmj, lorong motor akan diturap semula

Had laju 40kmj, lorong motor akan diturap semula

23

Lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang bakal diturap semula dan dipasang papan tanda had kelajuan 40kmj susulan kemalangan melibatkan beberapa penunggang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan telah mengarahkan JKR menjalankan siasatan teknikal secara menyeluruh.

“Antara perkara yang sedang diteliti termasuk tahap rintangan gelincir permukaan ketika basah, keadaan turapan, kemungkinan terdapat pencemaran permukaan seperti minyak atau diesel, kualiti pelaksanaan kerja serta faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kejadian tersebut.

“Kerosakan turapan telah ditampal sementara dan papan tanda “KURANGKAN LAJU” telah dipasang sebagai langkah segera.

“Ujian skid dalam keadaan kering dan basah turut dijalankan bagi mengesahkan prestasi sebenar permukaan tersebut,” jelasnya. 
 
Tambah beliau, maklumat awal yang diterima bahagian permukaan berwarna itu direka dan dilaksana sebagai kemasan anti-gelincir mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan. 
 
Namun, ketika kejadian hujan renyai dan keadaan permukaan jalan dilaporkan sedikit basah. Beliau merakamkan rasa simpati kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam insiden berkenaan. 
 
“Apa yang penting, kita akan mengambil pengajaran daripada kejadian ini. Sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kelemahan pada bahan, pelaksanaan kerja, reka bentuk atau aspek penyelenggaraan, kita akan ambil tindakan pembetulan yang sewajarnya,” jelasnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here