Mangsa banjir kongsi perlu keluarkan RM67k baik pulih kereta

2067

Seorang pemilik kenderaan terpaksa menanggung kos baik pulih mencecah puluhan ribu ringgit akibat banjir.

Pengasas ShariahScreener.com, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkongsi di akaun Facebooknya mengenai seorang pemilik yang berkongsi resit baik pulih keretanya sebanyak RM67,860.15. 



Harga berkenaan setelah diberi diskaun sebanyak 15 peratus berbanding nilai asal  RM88,2218. Bagaimanapun, model kereta  tidak dinyatakan.

Menurutnya, jika pemilik kenderaan mempunyai perlindungan tambahan peril mereka tidak perlu mengeluarkan wang poket sendiri dan mendapat pampasan daripada insurans. 

“Ada yang menghantar kepada saya kos baiki kenderaan akibat banjir sebanyak RM67,860.15 dan tidak diberitahu jenis kenderaan, tetapi inilah kosnya.

“Yang mahal-mahal per unit itu katanya adalah harga block silinder dan cylinder head, yang paling mahal itu harga gearbox,” tulisnya. 

Tambah Zaharuddin, sukar untuk memikirkan bantuan yang sesuai disalurkan kepada setiap mangsa yang terkesan dengan bencana alam ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here