Jaringan kereta api laju China kini menyamai jarak garis khatulistiwa

1035

China mencatatkan rekod baharu jaringan kereta api laju China apabila mencapai 40,000km menyamai  jarak garis khatulistiwa bumi. 

Angka itu dicapai menerusi pembukaan laluan kereta api baharu menghubungkan Anqing, Wilayah Anhui timur China dan Jiujiang, Wilayah timur Jiangxi. Kereta api dengan kelajuan 350kmj itu membantu meningkatkan rangkaian pengangkutan domestik dan serantau.



Laluan sepanjang 176km itu melalui sungai, tasik, jalan utama bandar dan laluan kereta api lain selain menempuh pelbagai cabaran dan risiko sepanjang pembinaan tersebut.

Pembukaan laluan baharu itu akan memendekkan perjalanan empat jam dari Nanchang ke Hefei kepada dua jam. Selain itu, laluan Anqing-Jiujiang adalah sebahagian daripada jaringan kereta api kelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing dan Hong Kong.

Di samping itu, kemajuan tinggi negara ekonomi terbesar berkenaan dalam kereta api laju adalah menerusi pembukaan laluan China-Laos pada 3 Disember lalu. 
 
Media tempatan melaporkan, China akan membuka kira-kira tujuh rangkaian kereta api kelajuan tinggi tambahan dengan kelajuan 350kmj pada 2022.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here